Assalamualaikum & salam pagi Jumaat yang mulia..
Fuh.. Semalam balik keje kol 8.30 malam.. Balik rumah, mandi terus menuju ke Jusco Bukit Tinggi.. Wahhhh! U noe why??
OMBAK RINDU
Jom aku cerita kan sinopsis nya..
Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan cinta.. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah (Maya Karin) gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa yang sama, Pakcik Taha banyak berhutang.. Disebabkan kesempitan wang, dia sanggup menjual Izzah kepada tauke kelab malam.
Disitulah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz bersetuju mengahwini Izzah tetapi dengan syarat semuanya dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia anak Tan Sri Rashdan iaitu model dan pelakon terkenal tanah air menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz.
Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya??
Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain??
Bagaimanakah tindakan Dato Sufiah setelah mengetahui cerita sebenar??
** nak tau jawapan nya??
SAKSIKAN

Di pawagam..
Apa kah halangan dan rintangan yang dilalui oleh Izzah??
Bagaimana pula sikap dan penerimaan Hariz terhadap Mila Amylia?
Pesanan
** Xrugi anda membayar tiket RM 10 @ RM 20. Memang berbaloi-baloi..
----- 5 BINTANG-----



0 comments:
Post a Comment