survey

tadi....

sambil-sambil melaksanakan kerja-kerja seharian kami sebagai seorang 'penjawatan awam' maka pon bersembang lah kami.


.....SAMBUNG BELAJAR....
name pon blaja tahap diploma, makanya kami ni digelarkan golongan bawahan lahh. ok! itu tidak menjadi pokok pangkal entry aku kali ni. kawan-kawan sejawatan dah ramai pon menyambung pelajaran dorg. aku?? belom lagi lah. insya Allah dah sah jawatan nanti aku pon nak sambung blajar lah. ala. tahun depan je pon lagik. insya Allah. mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan aku. amin~ isu nye disini adalah : bila jadik orang bawahan makanye dengan matematik nya atau dengan kata lain nya "automatik" kita akan jadi orang suruhan atau orang yang boley diketuk-ketuk. kau faham?? redha je la. kita buat keje LILLAHITAALA. semoge kerja-kerja seharian kite diredhai Allah dan rezeki kite diberkati Allah kan. insya Allah...


....SURI RUMAH....
tetiba.. keluar lah satu ayat. kan best kalo jadik suri rumah tangga sepenuh masa. haaaaaaaaaa. terus perkara berkenaan berlegar-legar dalam fikiran aku. aku rase nak wat survey lah tentang hal ni. sape-sape penah x wat survey benda alah ni? aku nak share lah. hehe. nak tahu jugak kan. kalo aku tanye mak aku, mesti mak aku ckap macam-macam kat aku. knon nye ingat aku nak benti keje lah tu. hahaha. mak....owh makkkk...

nanti kalo ade sape-sape nak share ngan aku, email lah kat aku ok. miey37@yahoo.com. haaaa. gitu lah bunyi email aku. hehe

BLOGGER alamak! terCAPS LOCK pule

aku TER tengok blogger-blogger terkenal punya entry. adeh! takot lak tkena kat batang idung aku. hahaha.

maaflah blogger-blogger terkenal kat lua sane. aku mcm touching gak lah tgk blog-blog korang bikin. touching tp xterasa. istilah apa aku pakai tuh? haha. ok-ok! macam ni. sebenarnye bermanfaat gak korang punya blog tu. kire mengajar lah orang-orang bawahan macam aku ni yang bukan dalam kalangan atasan punya blog macam korang. time kasih tak terhingga lah. ko tau??? sampai aku buang aku punya jadah ape tah name dia banyak-banyak tu kat layout aku. berKESAN kan korang punya entry pada aku. hahaha. xpelah. lagipon blog aku pon suam-suam kuku je. macam pkok pisang baru tumbuh tu. kan3.

aku xbanyak mase macam korang. uhuk~ sedey. aku masuk ke kol 8 balik kol 5 petang. tu pon kalo balik kol 5 lah. kadang-kadang kol 10 malam kol 12 malam baru balik dooo. bilenye aku nak jadik blogger hebat. itu baru waktu keje aku. belom masuk waktu aku jadik suri rumah. (belom kawen lagi lah). bayangan jerk.

Ok! dah3. sambung keje balik. tabaek mem 'BABI' banyak-banyak tau. maap....maap... termaen samak lak. hehe.

opss! tatahan doooo

ok! mengaku...

aku dah buka fb tdi pagi. hahahaha.

saje je nak tgk2 fb aku. agak ade x orang rindukan aku? perasaaaaaaaannnyyyyyyyyeeeeeeee aku ni. yelah. nak tau jugak ade orang rindukan aku.

abang................
jangan ckap xrindukan orang tahu! mesti ckap rindu. (berbaur ugutan kan disini) haha. naseb abang lah dapat tunang camni. :p

kawan-kawan...
korang rindu aku x? mesti rindu kot. sbb aku rindu sangat kat korang. (manis betul ayat aku!) betol lah korang. rindu sangat korang. hahaha. dan2 jerk.

oklah. kite tgk bile lagik aku buka fb okey.
tp setakat ni, aku rase xde fb pon cam biase2 je. buka fb abang tgk2 pon cam nothing pon ade kat fb. de papehal pon kawan-kawan 1opis ade. boley tanye ape. berita semasa yg tsebar kat fb pon boley tanye kawan.


rileks la bro. (tibe-tibe)
(;

deactivated

Kalo korang cari aku kat muka buku a.k.a facebook mungkin xjupe lah buat sementara waktu ni. Ntah la. Aku xde masalah apa pon sbnarnye. Korang jangan la salah paham okey. Aku sebenarnya tiba-tiba je jadi xde mood dgn muka buku berkenaan.Seriusnya xde sebarang masalah rumah tangga atau apa-apa perubahan yang nak aku lakukan. Actually, aku nak cube aktif dalam dunia blog je. Itu pon kalo aku mampu mencipta idea lah. Mudah-mudahan.... Blog ni sesuai kot kalo aku buat tempat tukn aku curahkan ape je yg aku terpikir. Tapi kadang-kadang aku takot pon ade. Bukan apa... Pada pandangan aku lah... Dunia di hujung jari ni lebih bahaya dari zaman yang dunia masih belum mempunyai kecanggihan sistem-sistem dan berbagai-bagai-bagai lagik ni. Hahaha. Xpelah. Masing-masing berpegang pada niat dan tujuan masing-masing kan. Itu lah yang terbaik. " Kalau salah tolong tunjukkan".





Dah brape tahun kot aku jOin laman sOsial berkenaan. Mase aku register muka buku berkenaan, aku sedang menjalani latihan amali di satu daerah di Terengganu. Mase tu masih ramai yang belom mengenali laman muka buku tu. Aku pon sekadar register je xtau pape. Hehe. Lantak lah. Asal ade orang kate. Alah... Aku.. sume acc laman sosial aku ade kot. Yg lebih kurang mcam muka buku lah. Cont nya Tagged, Friendster, Flixter, Twitter dan macam-macam lagi lah. Termasuklah laman 1Malaysia tuh. hahaha. Korang ade??? tapiiii,,,,,,, sebenarnya aku dah lupa ape email n pswd aku gune utk 1Malaysia tu. naseb laaaa kalo da xley buka.




Beberapa tahun yang lepas, aku aktif sangat2 kat Friendster. 24 jam ber FRIENDSTER. mase tu aku still study kat sebuah kOlej swasta kat Cheras. Friendster lah 'orang tengah' Allah hubungkan aku dgn abang tersayang satu ketika dulu (mcam dah lama sgt je kan). eh! betol x ayat aku camni. Ok! Camni.. Aku bukan nak ckap sbb Friendster aku jupa dg abang. aku nak cakap aku kenal dengan abang melalui friendster dengan izin Allah swt. haaa. camtuhhh. STOP...STOP... sampai ctu je. Cerita camane aku boley rapat n mengenali abang nanti aku update kendian. hehe. sabar ye.





2 bulan lepas...

aku buka friendster. friendster dah totally diff dari sebelom ni. aku dah lame xbuka friendster!! arghhhhh!!!!!! tension nye. sume gmba kenangan aku kat dalam tu sume dah xde. aku sedih sangat-sangat-sangat-sangat. begitu banyak kenangan aku dgn abang kat ctu. semua nya dah xde. Aku pon xtau camane nak dapatkan smula gmba-gamba dah post-post kami. sedeyyyyy. xpelah. nak buat camane. redha je la kan. XPELAHHHH.




Semalam...

aku deactivated muka buku aku. arghhhh! 1 perasaan aneh aku rase. aku buka acc abang... cian abang. status abang engaged je tp xde with sape-sape. sayu je rase. hahaha. ntah apa-apa. aku xtau la apa muka buku dah buat dengan perasaan sume orang. ntah apa-apa bile aku pkir balik. hahaha. xpelah. yg penting gmba engagement kami ade lagik. kire Ok lah tu kan. Sebelum ni, kalo aku ade masalah cket aku terasa sangat nak deactivated acc bkenaan tp xpenah pon aku buat. ntah la nape smlm tetibe je aku boley buat. xpelah. abang... orang mintak maaf tau. alah.... kejap je orang deactivated tu. abang pon tau kan, orang ni bukannya bley lame2 ta bukak facebook. hantu facebook ni kan. jangan mara ea bang. ekekeke.



adoiii...

dah panjang-panjang celetoh ni...aku rase cam tah hape-hape la pulak. xpelah. yg penting satu ketika nanti kalo aku bace balik sume ni aku akan teringat semula kat semua perkara yang terjadi. kan3.

keluarga tersayang bahagian 2

samb.

aku ngaku. aku xreti masak. tapi aku seorang anak yg rajin. hehe. boley ea camtu?? Xde lah. yg aku nak ckap sbnrnye, aku suke tlong mk aku masak. tapi aku pelik betol. knape aku sampai skang xpandai lagik masak. hermmm. sbb aku jarang praktikkan kot. keMUNGKINan besar kan. so... pikr lah sndri cik mimie oiii.

haaa. sal yg aku nak citer aritu tu. sbnarnye aku dah mula terpikir... sekarang, aku masih bujang. selalu rindukan mak abah dgn adik-adik.

empunya coretan:
>apa kebarangkalian yg akan terjadi lepas aku kawin nanti??

>berapa percent rindu aku pada mereka nanti??

>mungkinkah dah xsama macam sekarang??

hati aku bermonolog sendiri. kadang-kadang aku fikir takot tuk hadapi semua.





yang bergelar isteri:
>camane ye life anda lepas kawin? same x dgn sblom kawin? aku nak sangat tau.




abang tersayang:
> panjang jodoh kite nanti (amin) boley x orang nak manja-manja jugak dg mak abah? hihi. mesti lah boleh. kan3. :p
> nanti kite kawin..kita bawak mak abah orang dgn mama abah awak sekali duk dg kita boley? (;


tiba hari bahagia! yeaaa. hepy ending *_*

PADA HARI PERNIKAHAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
Bagi pengantin lelaki
• Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
• Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
• Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
• Cincin / gelang tangan / rantai.
• Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
• Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
• Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
• Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.
• Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
• Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
• Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
• Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
• Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
• Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
• Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

step seterusnya

MALAM BERINAI:
• Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
• Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
• Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
• Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.
• Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
• Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
• Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
• Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
• Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
Bagi pengantin lelaki:
• Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
• Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
• Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
• Membeli cincin kahwin.
• Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
• Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
• Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
• Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
• Jika ingin berbulan madu tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
• Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
• Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
• Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
• Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
• Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi pengantin perempuan:
• Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
• Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.


DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Membeli barang kemas
• Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
• Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
• Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
• Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi pengantin perempuan:
• Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
• Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
• Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
• Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
• Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
• Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi pengantin lelaki:
• Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi pengantin perempuan:
• Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

bertunang??

PERTUNANGAN:
• Cincin berlian
• Sirih junjung
• Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
• Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

keluarga tersayang bahagian 1

Assalamualaikum wbt..

Semenjak dua menjak ni, aku selalu rindukan keluarga di kampung. ntah la. aku pon tak pasti kenapa. setiap hari mesti nk call mak abah. sebelum ni call juga, tp xde rase rindu sangat. herrmmmmm. walaupon aku bukan seorang anak yg patuh pada mak dan abah, namun aku amat rindukan mereka. rindu sangat-sangat. Dulu mase kat kolej, setiap bulan aku akan pulang ke kampung. alamak! skema lah plak ayat aku. xkisah lah. time meluahkan perasaan mane penah ade pkir skema ke x kan. hehe. ok. kite sambung citer. sejak aku dah ade kerjaya sendiri, sejak ade life sendiri... aku dah xbanyak mase utk balik kampung. seriusly! setiap tahun 25 hari cuti mmg habis tp still aku rase belom ckup mase tuk bersama dengan mak abah dan adik-adik. tetiba aku rase mcm nak kembali ke suatu ketika dulu. mase aku dan adik-adik masih di zaman persekolahan. mase tu xde sape pon jaoh dari aku. seronok sangat! setiap pagi, seawal 6 pagi rumah dah riuh rendah dek kerana dikejutkan oleh mak dan abah untuk solat subuh. teramat marah lah mereka apabila kami tidak mengendahkan kejutan mereka. bahananya !! debushhhhhh. aku dicepuk oleh abah. bukan aku x kunci pintu bilik aku okeyh. tp kunci pon xguna. abah dah duplicate kunci bilik2 kami. haha. harapan lah xdicepuk setiap pagi. liat sungguh aku tuk bangun pagi. skarang!! dah duk jaoh, sume tu aku dah xrase. sedeyy! cume ade lah setiap sabtu dan ahad, pagi2 lagi seawal 6.30 pg mak dah call tanye aku dah bangun ke belum. time kasih mak! bezanye...dulu mak kejutkan xbangun aku kne cepuk. skang kalo xnk mak kejutkan, aku silent phone awal2. teruknya! hehe. nakal jugak cket. skarang kan, kalo balik kg...aku akan usaha bangun seawal yang boley. then aku lak yg terjerit pagi2 kejutkan adik tido. waktu tu umah orang lain masih sunyi sepi tp umah aku dah riuh rendah. ahhhh! biase lah. name pon umah panjang a.k.a teres. haha. bab riuh rendah aku langsung ta amek peduli orang nak kate ape. korang bayanglah.. jiran aku anaknye 7 orang tp langsung xde suare. sunyi je. aku? wooo. xbley wooo kalo xterjerit2. tp aku suke. walaupon selalu dengar aku dg adik-adik gaduh, ktorg still rapat antara satu same lain. nak tau nape aku slalu gaduh? aku selalu jeles kalo time aku cbuk wat keje, adik aku dapat duk rileks dalam bilik. hahaha. aku sbgai kakak yg xberapa nak baik ni pon mencucuk-cucuk lah mak supaya marahkan adik aku. jahatkan aku. naseb la angah dan adik dapat kakak cam aku. lantak lah apa korang nak ckap kat aku angah dan adik. jaoh dalam sudut hati ni aku sayangkan korang sangat2.

sebenarnya ade benda yang lagi aku pikir tentang entry ni. tp panjang sangat nak kne taip. jadi aku biarkan perkara tu bermain dalam fikiran aku dulu. nanti aku update kan kemudian. hahaha. harap2 aku tak lupe lah nak update.

Merisik!! yipiiiii..

MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
• Cincin belah rotan. (cincin tanda)
• Wang tanda (hantaran)
• Baju sepasang atau kain
• Buah-buahan
• Kuih-muih
• Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
• Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
• Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
• Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
• Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
• Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
• Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

konsep perkahwinan

Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab.Mereka ini adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.

Orang berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli keluarga. Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga mendapat pahala daripada Allah. Perkahwinan merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh. Sabda Rasulullah s.a.w daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.

Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.

Jangan sombong dengan kelebihan sementara

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya. Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut, anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi

” Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf. ” Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat". dia merayu . "Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil”
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ.

“Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.

"Terima kasih pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat".

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.

Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara. Semoga menjadi iktibar dan renungan kita bersama.

berfikir sejenak ^_^

Persoalan semasa tentang perkahwinan

Antara persoalan semasa berkaitan dengan perkahwinan ialah:

1. BERSANDING

Bersanding ialah duduk bersebelahan antara pasangan suami dan isteri yang baru dikahwinkan si atas pentas khas yang dihias indah. Pasangan pengantin itu berpakaian kemas dan lengkap, diapit dan dikipas oleh dua orang khas di sebelah kiri dan kanan pengantin untuk tontonan orang ramai. Amalan bersanding merupakan suatu adat dan tradisi dalam masyarakat melayu. Asal amalan ini ialah suatu unsur dan pengaruh daripada budaya dan amalan agama Hindu dan animisme dan bertapak dalam tradisi masyarakat Melayu secara turun temurun.


Hukum dan perbahasan.

Jika dinilai pada maksud sebenar bersanding seperti yang diterangkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tersebut maka ianya adalah HARUS. Sekadar pengantin lelaki dan perempuan duduk bersebelahan maka tiada masalah padanya. Cuma jika dibahaskan daripada sudut adat dan budaya yang diamalkan sekarang seperti disediakan pelamin yang mahal, wanita berhias berlebih-lebihan serta tidak menutup aurat , adat bertepung tawar dan sebagainya maka perkara seperti ini perlu dibahaskan satu persatu secara terperinci.



Pelamin

Berkenaan dengan pelamin yang mahal maka ianya tidaklah dituntut di dalam Islam. Walaupun kita kaya sekalipun maka tetap disarankan agar kita bersederhana di dalam berbelanja.Ramai yang menggunakan hujah bahawa pelamin sebegini perlu dilaksanakan sebagai kenang-kenangan untuk masa hadapan dan sebagainya. Hujah-hujah sebegini tidaklah boleh diterima pakai kerana lebih menjurus kepada hawa nafsu. Hukum dan saranan Baginda sallallahu alaihi wasallam sepatutnya lebih kita turuti.

Tetapi jika cuma disediakan tempat untuk bergambar bersama pengantin dan tempat tersebut dihias dengan seadanya, maka beberapa adab perlu diraikan.Antaranya ialah tidak berlaku percampuran bebas antara lelaki dan wanita, wanita wajib menutup aurat di hadapan lelaki yang ajnabi( yang boleh dikahwininya) dan begitu juga golongan lelaki ,wajib bagi mereka menutup aurat di hadapan wanita ajnabiah. Jika kesemua perkara ini diraikan maka tiadalah masalah padanya.

Kesimpulan tentang hukum pelamin ini ialah kita melarang berlakunya pembaziran dan percampuran lelaki dan perempuan yang berlaku seperti zaman sekarang. Tetapi jika semua perkara tersebut boleh kita elakkan maka hukumnya adalah HARUS.

Sebelum kita membahaskan lebih panjang sebaiknya kita memahami apakah yang dimaksudkan dengan membazir. Di dalam bahasa arab terdapat dua kalimah yang digunakan iaitu الإسراف dan التبذير. Sebahagian ulama mengatakan bahawa kedua-dua kalimah ini maksudnya adalah sama.

Al-Imam al-Jurjani rahimahullah mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).
Kata Guru kami yang mulia, Yusri Rushdi Al-Sayyed Jabr Al-Hasani di dalam satu kuliah beliau:

“Contoh mudah bagi al-Israf ialah seperti kita memerlukan untuk seminggu kehidupan kita sebanyak sekilo daging,tetapi kita membeli sebanyak 2 kilo daging maka ini dinamakan Israf.Manakala al-Tabzir ialah kita mengeluarkan walau sedikit wang untuk membeli perkara yang diharamkan maka ianya dikira al-Tabzir.Seperti membeli sebatang rokok yang berharga 50 qurush(matawang mesir lebih kurang 30 sen Malaysia) maka ini dinamakan al-Tabzir”
Kedua-dua perkara yang kita sebutkan ini adalah dicela dan tidak dituntut di dalam Islam. Jika berlebih-lebihan didalam perkara yang harus seperti contoh yang kita berikan tidak dituntut maka lebih-lebih lagi jika perkara itu menjurus kepada haram.



Bertepung tawar dan menabur beras kunyit

Ini merupakan adat turun-temurun yang dilakukan ketika majlis persandingan dilangsungkan. Sepanjang pembacaan saya tentang perkara ini , antara tujuan dilakukan perkara ini ialah untuk menambahkan semangat berdasarkan kekuningan padi kepada kedua pengantin. Terdapat juga jampi dan mentera yang tidak difahami bahasanya dengan tujuan menghalau roh-roh jahat dam sebagainya.

Jika perkara sebegini dilakukan maka hukumnya jelas HARAM. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam:


عن أبي هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من أتى عرّافا أو كاهنا فصَدَّقَه بما يقول فقد كفر بما أُنزِل على محمد.

Maksudnya: "Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah radhiyallahu anhu katanya: Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam: Sesiapa yang mendatangi dukun dan bomoh ,malah membenarkan apa yang disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut, Sesungguhnya (orang-orang yang mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam."

Perkara-perkara sebegini wajib ditegah berlaku di dalam masyarakat Muslim.

Alternatifnya, kita boleh melaksanakan majlis doa selamat bagi mendoakan kepada kedua pengantin agar dipelihara oleh Allah taala daripada sebarang kecelakaan. Maka ini sangat-sangat dituntut di dalam Islam.



Wanita berhias dan tidak menutup aurat

Bersanding dikatakan tujuannya adalah untuk mempertontonkan pengantin kepada hadirin. Perkara ini berbalik kepada hukum asal melihat wanita bagi lelaki ajnabi.Menurut para ulama, lelaki ajnabi diharamkan melihat wanita ajnabi walaupun bukan dengan tujuan syahwat. Ini jika tiada sebab yang mengharuskan bagi seorang lelaki tersebut melihat kepada wanita ajnabiah. Jika mempunyai sebab yang dibenarkan syarak seperti meminang, di dalam majlis pengajian, berubat dan ketika jual beli maka tiadalah masalah untuk lelaki ajnabi melihat kepada wanita ajnabiah.

Jika ada golongan yang mengatakan bahawa tujuan diadakan persandingan mengikut adat ialah untuk memperkenalkan kepada ahli keluarga dan orang ramai kedua-dua pengantin. Maka kita katakan, tiadalah masalah jika kita ingin memperkenalkan kedua-dua pengantin kepada orang yang hadir dengan syarat adab-adab yang kita sebutkan sebelum ini diraikan . Jika perkara ini diraikan maka syarak tidaklah menghalang perkara ini dilaksanakan.

Masalah aurat juga perlu dititik-beratkan oleh pengantin dan orang ramai yang hadir.Firman Allah taala di dalam surah al-Nur ayat 31:
وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: "dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka , atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat wanita, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah taala, wahai orang-orang yang beriman , supaya kamu berjaya."

Ayat ini sangat jelas menunjukkan arahan daripada Allah taala supaya menutup aurat.


Etika Pemakaian

Antara syarat-syarat pakaian bagi wanita dan lelaki ialah:

1. Mestilah pakaian tersebut daripada jenis yang menghalang daripada orang mengetahui warna kulitnya. Ini bermakna, seseorang tersebut tidak boleh memakai pakaian yang nipis sehingga orang boleh mengetahui warna kulitnya.

2. Mestilah pakaian tersebut menutup keseluruhan aurat lelaki dan wanita tersebut.

3. Mestilah pakaian yang dipakai tidak membolehkan orang mengetahui bentuk tubuh dan auratnya iaitu tidak ketat.

Kebanyakan orang pada zaman sekarang tidak memahami masalah menutup aurat ini dengan baik. Maka mereka melakukan kesilapan dalam keadaan mereka tidak sedar. Ketiga-tiga syarat yang kita sebutkan perlulah diraikan kesemuanya. Jika kurang salah satu daripada syarat-syarat tersebut maka seseorang tersebut masih dikira tidak menutup aurat. Kita mendapati ada golongan yang berpakaian ketat dan bilamana kita melarangnya maka mereka mengatakan bahawa yang penting orang tidak mengetahui warna kulit . Maka ini jelas menunjukkan bahawa mereka tidak faham syarat-syarat berpakaian yang diletakkan oleh syarak.

Maka para pengantin dan orang ramai perlulah meraikan perkara ini. Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah berkenaan make-up pengantin. Berhiaslah sekadarnya, berpadalah dengan kecantikan asli yang diberikan Allah kepada kita. Tidak perlu membazir wang menjemput juru solek bagi mengkaburi mata orang lain . Malah kita bimbang termasuk di dalam ayat Allah taala di dalam surah al-Ahzab ayat 33:
وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى

Maksudnya: Janganlah kamu bertabbarruj sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah pada zaman dahulu.
WARNA PAKAIAN

Masalah warna pakaian juga menjadi perbahasan dikalangan orang ramai. Adakah syarat-syarat tertentu bagi warna pakaian bagi wanita? Menurut Syeikh Ali Jum’ah Hafizahullah di dalam kitabnya Fatawa Asriyah(Fatwa semasa) warna tidaklah ditetapkan oleh syarak bagi wanita cuma yang wajib bagi mereka ialah mengikut syarat-syarat yang diletakkan oleh syarak di dalam etika berpakaian .

Syarat berpakaian ialah seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

Pendapat yang mengatakan bahawa wanita perlulah memakai warna yang gelap-gelap agar manusia tidak memandang kepada mereka tidaklah terlalu tepat. Ini kerana ada terdapat golongan manusia yang menyukai warna yang gelap. Maka mereka tetap akan memandang kepada wanita yang berpakaian gelap.


Kesimpulan

Setelah kita membahaskan hukum bersanding ini , penulis mengharapkan sidang pembaca dapat memahami dengan sebaiknya tentang perkara ini. Hukum asalnya adalah harus.Cuma perkara-perkara yang berlaku disebaliknya yang menyebabkan ianya menjadi haram seperti bertepung tawar, jampi serapah, percampuran bebas wanita dan lelaki, membuka aurat dan pembaziran. Jika kesemua perkara ini dapat kita elakkan maka tiadalah masalah bagi kita meraikan adat tersebut.Jika perkara yang kita sebutkan ini tidak dapat diraikan maka hukumnya tetap menjadi haram. Wallahu a’lam.

senyum sampai telinga cepat! (;

TIPS PERKAHWINAN
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.