Pengertian
Menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna.
1)MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad itu adalah pesuruhnya. Dengan Syahadatain, iaitu, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s. w. t. dan Nabi Muhamad s. a. w. itu adalah pesuruhnya.
2)SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
iaitu dengan sembahyang, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga, dan fikiran terpusat dengan mengikut susunan rukun sembahyang yang diajarkan oleh Nabi Muhamad s. a. w.
3)MENGELUARKAN ZAKAT
dengan zakat, kita mengabdikan diri kepada Tuhan dengan menyerahkan sebahagian harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut agama.
4)BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN
dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan keinginan kita kepada Allah. Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya secara tidak langsung akn melahirkan rasa keinsafan di dalam keperibadian kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s. w. t.
5)MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH
dengan mengerjakan Haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita, dan mengunjungi ke Baitullah bagi mereka yang berkemampuan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
raya
Posted by
mimiE *(^^,)*
wow!! selamat hari raya sume. boring giler masuk keje dg keahlian yg x ckup ni. xtau nk wat ape kat opis. mood cuti belom habis lagik. adoi. rase cam nk sambung cuti tp xkn dpt punye. maklumla.. knon JUNIOR. naik nyampah lak aku dgr alasan tu, herm. xpela. redha je la. agak aku xde, pejabat tu runtuh kot. (ayat bengang!) hehe.
cuti raya aritu??
seronok gak sbb dpt bkumpul ramai2. tp pcaye x kalo aku ckap aku g beraya 3 buah umah je. hehehe. xsempat lah. sepanjang hari raya aritu, tugas aku kat dapur je. herm. naseb la cucu sulong. dipendekkan citer....
Raya Pertama
- mandi
- bersiap
- memasak
- abah & kaum lelaki yg lain pulang solat raya
- sesi bermaaf-maafan
- mencuci pinggan mangkuk
- membantu ibu memasak
- mencuci pinggan
- berehat
Ok! hari sudah malam. (;
kite skip raye ke 2 bOleyh?
hehe
raya ke 3
- memancing di tasik kenyir.
dari pagi sampai petang!
best siot. hehehe
Subscribe to:
Comments (Atom)
